HOW TO APPLY PERFUMES



Tips memakai minyak wangi

Saje nak share info yang kitorg jumpe dalam internet.....

Minyak wangi berkesan kepada kulit yang panas dan mempunyai pengaliran darah yg baik.

Belakang telinga dan nadi pada sendi tangan adalah tempat yg paling sesuai mencalit minyak wangi. Haruman tahan lama jika disapu pada kulit bawah pakaian.

Kalau korang suka tukar-tukar pkai minyak wangi, hat-hat sbb minyak wangi yg sebelum ni korg sembur kt baju korang, tidak sesuai dgn minyak wangi yg korg pakai masa tu.

Setiap minyak wangi mempunyai keharmonian baunya tersendiri.
Korang mesti byk koleksi minyak wangi. Jadi jgn pulak cmpur cmpr minyak wangi lebih daripada satu pada masa yg sama, keharmonian minyak wangi akan hilang.
Ini akan hanya merosakkan ciri-ciri setiap minyak wangi dan menimbulkan bau yg kurang menyenangkan.

Minyak wangi boleh tahan lama selama enam bulan. Sekiranya ia dijaga rapi, ia bertahan lebih lama. Minyak wangi hendaklah diletakkan di dalam tempat gelap bersuhu bilik.
Utk botol baru, ia boleh disimpan selama setahun tanpa dibuka tudungnya.
Jgn simpan minyak wangi dalam peti sejuk kerana khuatir akan memberi kesan kepada makanan.

Mengapa bau minyak wangi berbeza2 bila dipakai oleh org berlainan?

Bau minyak wangi itu akan berubah bila dipengaruhi oleh keadaan persekitaran.
Waktu korg beli minyak wangi, ia dipengaruhi oleh persekitaran haruman yg kuat.
Keadaan ini berbeza dengan persekitaran rumah.
Sebab itulah baunya berbeza bila dibawa pulang.

Suhu dan kelembapan yg berbeza juga perlu diambil kira. Perlu diambil perhatian, setiap minyak wangi mempunyai kehidupan haruman tersendiri dan akan hanya timbul setelah satu tempoh.

Minyak wangi adalah campuran bahan2 tertentu hasil daripada beberapa peringkat proses pengewapan. Minyak wangi yg baik dibuat berhati-hati. Bau itu mestilah sama dgn bau asal yg digunakan bagi melahirkan satu kehidupan haruman dan luahan perasaan yg berterusan.

Peringkat awal pemakaian minyak wangi, pengguna hanya menyedari bau awal iaitu top note. Selepas beberapa saat, apabila minyak wangi sudah serasi dgn peredaran darah barulah bau sebenarnya timbul.

Setiap org mempunyai bau badan yg tersendiri.Semua bergantung kepada keadaan kulit masing2, gaya hidup dan pemakanan yg seimbang. Org lain mungkin sesuai dgn haruman yg digunakan tetapi kita tidak.

0 comments: