BAHAYA KURANG MINUM AIR KOSONG

 


BAHANA KURANG AIR merosakkan organ..!
- nasihat untuk diri sendiri jugaaaa -


Korang pun tahukan , kena minum at least 8 gelas sehari tp sesetgh tu.. ah lantaklah.. badan aku.. minum byk kang, asyik ke toilet jek..

Ada jugak yg rasa badan diorg dh cukup dpt bekalan air.. ye la dengan kopi, teh, jus buah atau minuman berkarbornat yang korg ambil sepanjang hari.

Ramai yang anggap ambil air suam/masam/kosong/putih/mati - apa pun yg korang panggil tak penting!!

Secara purata lah, badan kita hilang hampir 2.5 liter air (lebih kurang 10 cawan) setiap hari melalui peluh, pernafasan dan pembuangan najis.

Pada masa yg sama, kita juga kehilangan bahan elektrolit (mineral) seperti sodium, potassium dan kalsium yang berfungsi menjaga keseimbangan cecair dalam badan.

Kena ganti Segera!!

Itu kehilangan air yg normal, tp bagi yg aktif, lebih byk kadar kehilangan air dan mineral yg mesti diganti untuk ellakkan dehidrasi Itu adalah kadar kehilangan air yang normal daripada setiap orang. Bagi individu yang aktif, kadar kehilangan air dan mineral mesti cepat diganti utk elakkan dehidrasi (masalah kekurangan air).

Kenapa ek air penting sangat?

Hampir 60% daripada berat badan kita adalah berat air, jadi jika berlaku dehidrasi badan akan mengalami perubahan fisiologi yang mungkin boleh jejaskan kesihatan, tetapi masalah ini biasanya kita tak sedar.

Masalah kekurangan air akan menyebabkan :

1) Jumlah darah yang dipam ke seluruh badan juga berkurang.
Akibatnya, jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk membekalkan darah yang mencukupi kepada semua organ.

2) Keupayaan badan mengekalkan tekanan darah juga menurun.

3) Oleh kerana badan kekurangan air, kita tidak akan berpeluh dan haba tidak keluar dari badan seperti biasa. Dalam keadaan lebih serius, masalah ini akan menyebabkan suhu badan meningkat dan kita mungkin boleh demam.


Dahaga Bila Kurang Air

Korang rasa nk tahu bdn kurang air or tidak , tunggu dahaga. Kurang tepat!
kerana dahaga bukan lah penunjuk yg tepat kepada ni.. terutamanya lah untuk kanak-kanak dan org tua sbb
badan mengadaptasi/menyesuaikan kepada keadaan kurang air, hinggalah dh jadi lebih serius.

Penunjuk terbaik adalah warna air kencing — sama ada kuning cair atau pekat.


Tanda dan Kesan Kekurangan Air

Antara tanda kekurangan air termasuk:

* Cepat sangat letih, kalau kanak-kanak jadi tak sgt aktif
* Terlalu dahaga/haus
* Mulut korang kering
* Korang Mengantuk
* Air kencing sikit dan pekat
* Air mata terlalu sikit atau tiada apabila menangis
* Lemah otot
* Sakit kepala dan pening

Pada keadaan lebih serius, individu terbabit mungkin mengalami masalah:

* Kurang berpeluh
* Mata cengkung
* Tekanan darah rendah
* Kulit menjadi kering dan tidak kenyal (bila ditekan, lambat kembali ke bentuk asal)
* Denyutan jantung menjadi cepat
* Demam
* Meracau
* Pengsan

Kalau keadaan ini berterusan, bahaya yg tidak dijangka akan timbul seperti :

1) Hipovolemik (berlaku disebabkan jumlah darah yg dipam di organ berkurangan, jadi oksigen yg smpi ke organ dan tisu bdn tidak cukup.
Jika tidak diatasi segera, hipovolemik boleh menyebabkan kematian dalam masa beberapa minit.

2) Otak juga boleh menjadi bengkak.
Biasanya air yang hilang dari badan ada garam galian dan untuk gantikannya, badan kena hasilkan bahan yang akan menarik balik air ke dalam sel.
Akibatnya, sel mungkin menyerap terlalu banyak air, menjadi bengkak dan pecah. Keadaan ini bertukar menjadi masalah serius apabila membabitkan sel-sel otak.

3) Sikap tak suka minum air menyeksa organ penting badan, terutama buah pinggang, sbb buah pinggang tak lagi dapat berfungsi menapis bahan-bahan toksik daripada air (tindak balas untuk mengurangkan kehilangan air dari badan).
Jadi, Air juga mudah keluar daripada badan melalui cirit birit (kaedah paling cepat kehilangan air dan garam mineral, terutama di kalangan kanak-kanak), bersenam, berjogging, berbasikal atau sekadar berjalan.

4) Demam. ini nyebabkan kita hilangan air. Lagi panas suhu badan, lebih banyak air yang hilang. Masalah bertambah buruk jika anda muntah dan birit birit.


Minum Air Semasa Penerbangan

Selain itu, penerbangan yang lama ke satu-satu destinasi juga menyebabkan kita hilang air kerana udara dalam kapal terbang sangat kering, dengan kadar kelembapan kurang daripada 10 peratus. Tambah buruk jika kita minum minuman beralkohol. Jadi, pastikan anda minum banyak air masak ketika penerbangan.

Bagi orang dewasa yang masih muda, masalah kekurangan air mungkin tidak mendatangkan banyak kesan sampingan, tetapi keadaannya berbeza bagi bayi, kanak-kanak dan orang tua, khususnya jika menghidap penyakit seperti kencing manis.Atau pun kita kita yang ambil treatment/pil ni.

Jadi, sebelum berlaku kerosakan tidak diingini, mulakanlah amalan yang baik untuk diri kita.

Caranya bukan susah, cuma minum air masak sekurang-kurangnya lapan gelas @ 4 botol mineral kecil @ 2 botol mineral besar.

Jadi, jangan bertangguh lagi melakukan ‘kebajikan’ untuk diri sendiri!


JOM MINUM AIR KOSONG!

1 comments:

Cik Eka said...

terima kasih info ni..
kita kurang minum air..kadang2 dahaga sangat..air kencing pun kuning....

huhu